KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkemungkinan besar gagal membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, perbezaan peruntukan undang-undang antara Malaysia dan Australia mempengaruhi keadaan itu.
"Untuk membawa pulang Sirul, hukuman yang dikenakan di Malaysia mestilah sama dengan hukuman di Australia.
“Bagaimanapun, isu ini (kes Sirul Azhar) masalahnya di sana, hukuman mati tiada manakala kita di Malaysia ada hukuman itu.
“Hukuman mati di sini yang dimansuhkan mandatori sahaja, contohnya hukuman antara penjara sepanjang hayat atau boleh jadi penjara 20 tahun.
“Disebabkan itu yang kita lihat dahulu pihak kerajaan Australia tidak akan memberikan kerjasama kepada kita sekiranya hukuman mati ke atas Sirul ini masih lagi berkuat kuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas dan majlis pemakaian lencana pangkat Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini.
Pemangku Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar menyerahkan tugas kepada Pengarah JSPT baharu, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.
Bekas anggota UTK itu dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Ditanya adakah kerajaan Malaysia akan melakukan sebarang tindakan atau berhubung dengan pihak berkuasa Australia, beliau berkata, perkara itu di bawah kuasa Peguam Negara (AG).
Menurutnya, jika ada tindakan yang akan diambil oleh kerajaan, ia hanya melibatkan AG Malaysia dengan AG Australia.
Sementara itu, ditanya mengenai kes tiga penjawat awam ditahan PDRM berhubung kes culik, beliau berkata, pihak polis tidak berkompromi berhubung perkara itu.
Kata beliau, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota PDRM yang terlibat dengan apa sahaja jenayah dan salah laku.
"Sebenarnya, saya sendiri yang telah mengarahkan Ketua Polis Selangor memberi kenyataan berhubung kes culik ini.
"Di sini boleh melihat bahawa kita di PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dengan jenayah, kes dadah atau mana-mana perbuatan salah laku," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Razarudin berkata untuk membawa pulang Sirul, hukuman yang dikenakan di Malaysia mestilah sama dengan hukuman di Australia. - Foto fail/BERNAMA
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info nerkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Siti Nurul Masyitah terlepas peluang ke kejohanan dunia
Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli memaklumkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah yang dilanggar pemandu mabuk, terlepas peluang ke Kejohanan Dunia Perahu Naga di Filipina November depan.
Pantau Belanjawan: Akta - Kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah dilindungi?
Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Apakah realiti sektor hartanah di Malaysia dan bagaimana pelaksanaan Akta ini dapat melindungi kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah? Kupasan lanjut bersama Pengasas Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak.
Representasi 'Inspektor Sheila" batal pertuduhan sebabkan kegusaran awam ditolak
Representasi dikemukakan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam ditolak pihak pendakwaan.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
AWANI Ringkas: Pesawat Garuda mendarat cemas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
Sirul perlu dedah dalang pembunuhan, hentikan spekulasi
Pendedahan itu penting supaya masyarakat mengetahui situasi sebenar termasuk kronologi kejadian.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.
Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia
Sirul dakwa bahaya menantinya jika kembali ke tanah air dan mengaku terima RM1 juta daripada sumber yang tidak dinamakan.
Sirul kemungkinan besar gagal dibawa pulang - Razarudin
Perbezaan peruntukan undang-undang antara Malaysia dan Australia mempengaruhi keadaan itu.
Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia
Sirul Azhar telah meringkuk dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.
Tiada arahan pegawai atasan untuk Sirul Azhar keluarkan senjata api - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.